Seo Services

Menerokai Rahsia Coklat

 
Coklat adalah nama sebuah makanan yang diolah dari biji koko. Itulah rahsia sebalik koko sebagai satu anugerah alam semula jadi. Koko boleh menghasilkan ratusan produk dan aplikasi dengan pelbagai cita rasa serta variasi rupa dan bentuk. Teruskan meneroka rahsia kegunaan dan khasiat semula jadi koko kerana Koko Malaysia- Khasiatnya Sejati, Lazatnya Menyegarkan.

Coklat umumnya diberikan sebagai hadiah atau pemberian pada hari-hari istimewa. Dengan bentuk, corak, dan rasa yang unik, coklat sering digunakan sebagai ungkapan terima kasih, simpati, atau prihatin hingga ke pernyataan cinta. Dari dahulu, coklat bukan bermula sebagai makanan, tetapi minuman dengan rasa yang istimewa. 

Coklat dihasilkan dari koko (Theobroma cacao) yang mula-mula tumbuh di daerah Amazon utara melunjur ke Amerika Tengah yang berkemungkinan hingga ke Chiapas, bahagian paling selatan Mexico. Orang-orang Olmec memanfaatkan pokok tersebut dan, mungkin juga, membuat “coklat” di sepanjang pantai teluk di selatan Mexico sekitar 1000 tahun SM. Peradaban pertama yang mendiami daerah Meso-Amerika itu mula mengenal pokok “kakawa” yang buahnya digunakan sebagai minuman. 

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa coklat merupakan makanan, minuman dan snek yang popular di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Walau bagaimanapun, coklat dianggap sebagai makanan junk dan tidak berkalori, enak tetapi tidak berkhasiat. Tetapi pada hakikatnya adalah sebaliknya. Untuk pengetahuaan umum, coklat adalah makanan yang penuh khasiat dan berupaya menyumbang kepada keperluan pemakanan secara positif. Sebagai contoh, kandungan zat di dalam coklat susu berbanding coklat putih. 

Coklat adalah satu hadiah yang istimewa untuk diri sendiri. Ia juga satu hidangan yang diketengahkan untuk pelbagai majlis keraian baik sambutan hari jadi mahupun majlis perkahwinan. Coklat umpama membawa mesej yang berkata, ‘Terima kasih’, ‘Saya cintakan kamu’ dan ‘Ia khas untuk diri saya’. Makan coklat adalah satu langkah memanjakan diri. Sungguhpun bagi sesetengah individu coklat memberikan ketenangan dan menggembirakan kita, ia harus diambil secara sederhana. 

Oleh itu bagi penggemar coklat, anda tidak perlu runsing tentang keburukan coklat malah anda bebas mengambilnya. Apa yang penting setiap perkara yang kita ingin lakukan biarlah berpada-pada dan ada kesederhanaanya.
Menerokai Rahsia Coklat Menerokai Rahsia Coklat Reviewed by uMieySurianie on May 19, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.