Seo Services

Kerana minyak..rusuhan di Vietnam : Tiada rakyat Malaysia yang terjejas


Vietnam – Bandar Binh Duong terjejas teruk akibat satu rusuhan yang dilakukan oleh sekumpulan perusuh penduduk tempatan Vietnam dengan melakukan satu tunjuk perasaan anti-China.

Perusuh dikatakan telah mengganggu pekerja kilang, memecah masuk, menggeledah serta memusnahkan premis kilang sekali gus menyebabkan operasi kilang terganggu.

Rusuhan berlaku kerana bantahan terhadap tindakan kerajaan China membina pelantar minyak di kawasan pengeluaran bahan mentah di Perairan Laut China Selatan yang menjadi rebutan.


Beberapa kilang milik syarikat Malaysia di negara itu turut terjejas operasinya ekoran rusuhan. Dan terbaru dari Vietnam,Pejabat Konsul Jeneral Malaysia melaporkan, bilangan kilang milik syarikat Malaysia terjejas akibat rusuhan meningkat kepada sembilan buah.

Menurut Shahryll Zahiran, Konsul Jeneral Konsulat Malaysia di Ho Chi Minh menyatakan sebanyak 6 buah kilang yang terjejas, dua daripadanya lagi masih belum dapat beroperasi. Menurutnya lagi, beliau sedang menunggu maklumat daripada pengusaha kilang yang telibat dan mengumpul data-data kejadian seterusnya akan melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan.

Setakat ini, pihak Konsul Jeneral Malaysia masih belum mendapat sebarang berita kematian yang melibatkan warga Malaysia. Rakyat Malaysia juga digesa agar mengelakkan diri dari terus memburukkan lagi keadaan serta melahirkan kebimbangan terhadap rusuhan yang berlaku,

"Semua rakyat Malaysia di Vietnam dinasihat agar berwaspada dan menjauhi kawasan yang terjejas," katanya sambil menambah syarikat milik Malaysia tidak terkecuali daripada mengalami kerosakan dan kerugian dalam insiden itu.


Dalam kejadian rusuhan anti-China di Vietnam baru-baru ini, sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh dan 100 orang cedera. Mereka yang terbunuh ialah 5 pekerja Vietnam dan 16 individu lain dipercayai warganegara China. Sebanyak 16 rakyat China cedera parah akibat dibaling objek keras.

Menteri Luar Negeri China, Wang Yi, menghubungi pihak pejabat pemerintahan Vietnam atas kejadian rusuhan terhadap warga China di sana yang mengorbankan seramai 21 nyawa. Yi dengan tegas mengutuk aksi rusuhan berdarah tersebut.

Yi juga mengarahkan pemerintah Vietnam untuk mengambil langkah-langkah yang efektif dengan segera agar dapat menghentikan serangan kekerasan dan menjamin keamanan bagi warganegara serta aset-aset perusahaan China yang berada di sana.

Ekoran daripada rusuhan itu, kerajaan China telah memindahkan lebih 3000 orang rakyatnya untuk keluar dari Vietnam susulan rusuhan anti China yang semakin memuncak di negara itu. Tindakan itu diambil selepas beberapa kumpulan aktivis Vietnam mahu mengadakan protes di beberapa bandar termasuk Hanoi dan Ho Chi Minh.

"Kesemua mereka akan kembali ke tanah air dengan bantuan Kedutaan China ke Vietnam," menurut Kementerian Luar China .

Menurut kedutaan itu, kerajaan juga akan menghantar sebuah pesawat yang disewa khas dan lima buah kapal untuk membawa pulang pekerja syarikat China 19th Metallurgical Corporation, yang terjejas teruk akibat keganasan baru-baru ini.

Gambar dipetik dari utusan.com.my

Kerana minyak..rusuhan di Vietnam : Tiada rakyat Malaysia yang terjejas Kerana minyak..rusuhan di Vietnam : Tiada rakyat Malaysia yang terjejas Reviewed by Unknown on May 19, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.