Seo Services

JAKIM gantung sijil pengesahan Halal Cadbury serta merta


Kuching - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini telah mengesahkan melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan menyatakan kedua-dua produk Cadbury iaitu Coklat susu dengan kacang hazel keluaran Cadbury Dairy Milk digantung sijil pengesahan halal nya berkuatkuasa serta merta.

Tindakan itu susulan pengesahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai Pengesanan DNA Porcine dalam Coklat susu dengan kacang hazel - Cadbury Dairy Milk.

Menurut hasil siasatan Kementerian Kesihatan Malaysia itu, mendapati tiga (3) sampel coklat Cadbury telah diambil untuk dianalisa mendapati dua (2) daripada (3) tiga sampel yang diambil dikesan mengandungi DNA Khinzir (porcine) iaitu;

i) Coklat Susu dengan Kacang Hazel - Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no. ) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan

ii)Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.

Manakala, satu (1) lagi sampel Coklat Susu - Cadbury Dairy Milk Chocolate tidak dikesan DNA Khinzir (porcine).

Susulan itu, JAKIM dalam kenyataan media nya menjelaskan bahawa sijil halal yang dikeluarkan oleh mereka melibatkan proses pengauditan dan pemeriksaan yang ketat merangkumi penilaian bahan ramuan, kaedah pemprosesan, peralatan yang digunakan, termasuklah pengujian makmal berdasarkan Standard Halal Malaysia dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.

Selepas sijil pengesahan halal Malaysia dikeluarkan, pemegang sijil adalah tertakhluk kepada pemeriksaan berkala JAKIM.

Dalam hal ini, pemeriksaan secara berkala terhadap syarikat pengeluar produk berkenaan telah dibuat dan pemeriksaan terakhir adalah pada 20 Febuari 2014 dan didapati mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.
JAKIM gantung sijil pengesahan Halal Cadbury serta merta JAKIM gantung sijil pengesahan Halal Cadbury serta merta Reviewed by Unknown on May 25, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.