Seo Services

'KUBAH TANDAS' MENYERUPAI MASJID DITURUNKAN

Satu kontroversi telah tercetus melibatkan reka bentuk sebuah bangunan tandas di sebuah resort di Hotel Lotus, Desaru di sini yang dilengkapi kubah menyerupai masjid. Hal ini menjadi isu persoalan selepas salah seorang pengunjung memuat naik gambar bangunan tersebut.

Bangunan yang terletak dalam kawasan Lotus Desaru Beach Resort, di Kota Tinggi, Johor didakwa menghina Islam dengan rekabentuk sebegitu.

Ekoran daripada itu, pihak pengurusan hotel telah mengambil keputusan dengan menurunkan kubah yang menyerupai masjid itu dengan segera agar tidak menjadi salah faham di kalangan pengunjung hotel terbabit.

Indra Ghandi, Pengurus hotel tersebut turut terkilan dengan isu tersebut kerana bangunan itu sudah lama dibina sejak hotel tersebut dikenali sebagai Desaru Impian. Bangunan itu dibina sejak 1998 berdasarkan konsep bina Maghribi alal Morocco oleh pemiliknya, berasal dari Singapura.

Menurutnya lagi, tanggapan orang ramai yang mendakwa bangunan tersebut tandas juga adalah tidak benar kerana bangunan tersebut merupakan bilik persalinan.

“Ia menjadi salah faham selepas ada pihak memuat naik gambar itu di laman sosial mengatakan bangunan itu tandas yang menyerupai surau,"katanya lagi.

Pihak polis dan Jabatan Agama Johor (JAJ) turut meninjau keadaan bangunan terbabit.
'KUBAH TANDAS' MENYERUPAI MASJID DITURUNKAN 'KUBAH TANDAS' MENYERUPAI MASJID DITURUNKAN Reviewed by Admin on May 05, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.