Atlet kelahiran dari Sarikei itu mencatat rekod baharu kejohanan
KANGAR, PERLIS: Acara olahraga yang menyingkap tirainya di Stadium
Tuanku Syed Putra semalam membawa tuah buat kontinjen Sarawak apabila
dua emas, satu perak dan satu gangsa berjaya dibawa pulang.
Michael Sia Sung Dak paling awal menceriakan kontinjen Sarawak dengan menggondol emas dalam acara lontar tukul besi lelaki.
Atlet kelahiran Sarikei itu mecatat rekod baharu
kejohanan dengan lontaran sejauh 56.98m, mengatasi rekod lama milik
rakan senegeri Jacky Wong sejauh 55.23m yang dicatatnya pada SUKMA 2012
di Pahang.
Perakk di rangkul Jacson Wong Cheun Young, juga dari Sarawak dengan lontaran sejauh 50.05m.
Manakala Rizhan Rajmi dari Perlis dengan lontaran sejauh 46.55m meraih gangsa.
“SUKMA
kali ini adalah yang terakhir buat saya dan ia sungguh bermakna setelah
saya berjaya menghadiahkan emas untuk Sarawak,” katanya selepas majlis
penyampaian hadiah semalam.
“Saya mula menceburi sukan ini sejak empat tahun lepas dan saya akan terus berusaha dengan gigih untuk memperbaiki pencapaian.
” Menurut atlet berusia 20 tahun itu, sasarannya kini adalah untuk memecahkan rekod kebangsaan milik Jacky Wong sejauh 62.15m.
Selain itu, beliau turut berhasrat untuk mewakili negara pada Sukan SEA di Singapura pada tahun depan.
Atlet
dari Sarikei terus menguasai acara padang dengan giliran Queenie Ting
Kung Ni merangkul emas dalam acara akhir melempar cakera wanita.
Beliau
merekod lontaran sejauh 42.47m untuk menggondol tempat pertama,
meninggalkan Choo Kang Ni dari Johor dengan perak (37.83m) manakala
atlet tuan rumah Anny Tang Siew Ung mengutip gangsa (34.41m).
Dalam acara 5000m jalan kaki wanita, Sarawak mengutip gangsa menerusi Nur Aisyah Ahmat dengan catatan masa 26:15.83s.
Emas
disandang Elena Goh Ling Yin dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
dengan catatan masa 25:59.38s manakala perak milik Pua Ling En dari
Johor (26:06.46s).-Utusan Borneo
Lontaran emas Michael
Reviewed by uMieySurianie
on
May 30, 2014
Rating:
No comments: