Mungkin ramai anak muda masa kini, tidak mengetahui apakah itu ‘Nasi kangkang’. ‘Nasi Kangkang’ atau ‘Nasi Tangas’ adalah sejenis ilmu hitam yang digunakan oleh orang perempuan Melayu untuk menundukkan orang lelaki atau suaminya.
Ianya adalah menyalahi syariat Islam dan orang yang melakukannya adalah haram di sisi agama Islam. Tujuannya adalah untuk menundukkan lelaki ataupun suami.Walaupun Islam melarang, mengharamkan dan menyifatkan perbuatan itu satu dosa besar, keanehan atau apa yang dianggap kesan mujarab sesuatu amalan itu masih tetap dipraktikkan hingga ke hari ini.
Memberi suami makan benda-benda yang kotor tanpa apa-apa amalan atau mentera pun boleh memberi kesan pada tubuh badan suami itu menjadi bodoh dan lemah. Inikan pula memberi suami makan nasi kangkang atau nasi tangkas serta dibacakan mentera lagi kuat iblis dan syaitan itu melemahkan suami waima seorang ustaz pun jika diizinkan oleh Allah SWT. Tapi tanggunglah dosa besar ini sehingga hari akhirat.
Walaupun zaman telah berubah dengan teknologi yang semakin canggih tetapi masih ada segelintir yang mengamalkan amalan ini dan mempercayai akan keberkesannya. Biasanya si isteri melakukan amalan sebegini semata mata untuk menundukkan si suami supaya dapat mengikut segala kemahuannya, dan keberkesannya amalan ini bergantung kepada hebatnya seseorang bomoh itu dan bukan hanya bergantung pada satu pihak sahaja. Walaupun ianya masih lagi wujud amalan ini tetap dilarang didalam islam
'Nasi Kangkang'
Reviewed by uMieySurianie
on
May 30, 2014
Rating:
No comments: