Seo Services

Panda Gergasi 25juta selamat tiba


Panda Gergasi 25 Juta dari China kini tiba di Malaysia, simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun Malaysia-China, tiba pagi tadi bagi memulakan kehidupan baharu di perantauan selama 10 tahun.

Menjadi simbolik kepada sambutan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik kedua-dua negara, pasangan panda itu dipinjamkan kerajaan China kepada Zoo Negara Malaysia bagi tempoh 10 tahun menerusi Program Penjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi.

Pasangan panda gergasi itu tiba melalui Kompleks MASKargo di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 7.53 pagi dengan pesawat khas MASKargo Airbus 330-200 (MH6462) dari Chengdu, China.

Ketibaan dua ekor panda itu disambut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G.Palanivel dan Duta Besar China di Malaysia, Dr Huang Huikang.

Melalui program perjanjian yang ditandatangani pada 2012 itu, Malaysia akan berpeluang menjalankan penyelidikan konservasi panda gergasi, selain dapat membangunkan dan melatih kepakaran tempatan.

Penghantaran pasangan panda itu pada mulanya dijadual pada 16 April lepas, tetapi ditangguh, berikutan kerajaan China mahu menumpukan usahanya untuk mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Pasangan panda yang diberi nama Fu Wa (jantan) dan Feng Yi (betina) itu dibawa ke Zoo Negara hari ini dan bakal dikuarantinkan kira-kira sebulan di tempat khas yang siap dibina.



Panda Gergasi 25juta selamat tiba Panda Gergasi 25juta selamat tiba Reviewed by Unknown on May 21, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.