Seo Services

Pelantikan Tun Dr.Mahathir sebagai Pengerusi Group Lotus plc (Lotus)


Dr Mahathir telah dilantik sebagai Pengerusi Group Lotus plc (Lotus), iaitu anak syarikat Proton yang dilihat sebagai langkah paling berani DRB-Hicom Bhd setakat ini dalam usaha menangani kemerosotan Proton sejak ia mengambil alih syarikat itu pada 2012. 

 Pelantikan Dr Mahathir dilihat sebagai langkah bijak memandangkan pengetahuan luas dan pengaruh bekas perdana menteri itu kepada industri berkenaan dan kerajaan. 

 Dr Mahathir mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri Mohd Khamil Jamil yang akan meletakkan jawatan sebagai pengerusi eksekutif, tetapi kekal sebagai anggota lembaga pengarah syarikat. 

Sebelum pelantikannya sebagai pengerusi, Dr Mahathir adalah penasihat Proton sejak 2003, selepas meletak jawatan sebagai perdana menteri. 

Proton dalam satu kenyataan hari ini berkata, kesediaan Dr Mahathir memegang jawatan itu membuktikan kesungguhannya untuk melihat pengeluar kereta nasional itu berjaya. 

Sejak penubuhannya,Proton memacu ekosistem pengeluaran automotif tempatan disokong kumpulan jurutera yang memiliki kemahiran kejuruteraan tahap tinggi.
Pelantikan Tun Dr.Mahathir sebagai Pengerusi Group Lotus plc (Lotus) Pelantikan Tun  Dr.Mahathir sebagai Pengerusi Group Lotus plc (Lotus) Reviewed by uMieySurianie on May 21, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.