Seo Services

Permohonan kerja ditolak, pemuda bunuh diri


Jarang sekali kita mendengar orang membunuh diri kerana pekerjaan tetapi di Greennock, Scotland seorang pemuda berusia 20 tahun yang terdesak mencari pekerjaan akhirnya membunuh diri selepas 40 permohonan kerja yang dibuatnya ditolak.

Martin Hadfield yang menganggur sejak beberapa bulan lamanya tetapi enggan menerima bantuan kerajaan kerana kecewa semua permohonan yang dibuat dalam tempoh 12 minggu gagal.

Keluarganya mendakwa dia dipintas oleh calon yang kurang berpengalaman dan lebih muda daripadanya apabila mereka ditawarkan pekerjaan dengan gaji yang lebih rendah.

Malah, sesetengah jawapan terhadap permohonan yang dibuatnya juga kurang sopan.

Permohonannya untuk menjadi tukang kebun ditolak menyebabkan dia berasa dirinya seolah-olah tidak berguna. Dan hanya 24 jam selepas satu lagi sesi pertemuan dengan kakitangan agensi mencari pekerjaan, Hadfield ditemui menggantung diri di flat kediamannya.

Bapa tiri mangsa, Peter O’Gorman, 47, berkata, anak tirinya itu tidak membebankan mereka sekeluarga tetapi pada beberapa bulan terakhir hayatnya, dia merasakan dia menjadi beban kepada orang lain.

Martin ialah individu yang rajin tetapi terlalu mementingkan harga diri untuk memberitahu kami jika dia berdepan sebarang kesukaran.

"Pada hari dia meninggal dunia, ibunya memberikan dia wang untuk tambang bas, tetapi dia tidak menggunakannya. Dia berjalan pulang dan menyimpan wang itu untuk kegunaan lain yang lebih penting," katanya.

Martin yang berasal dari Tottington, Greater Manchester adalah lepasan sekolah dengan kelulusan GCSE. Dia membantu bapa tirinya menjadi joki kereta sebelum mendapat pekerjaan sebagai tukang kebun.

Bagaimanapun, pada April tahun lalu dia kehilangan pekerjaan apabila syarikat tempat dia bekerja terbabit dengan penyusunan semula organisasi.


sumber - DailyRecord
Permohonan kerja ditolak, pemuda bunuh diri Permohonan kerja ditolak, pemuda bunuh diri Reviewed by Unknown on May 22, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.