Seo Services

Proton, pembuat kereta Jepun berbincang

PROTON Holdings Bhd, pembuat kereta nasional, sedang berunding dengan beberapa syarikat pembuat kereta Jepun tentang kemungkinan mengadakan kerjasama pada masa akan datang, kata Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini.

Bagaimanapun, sebarang kerjasama strategik berkemungkinan tidak melibatkan Mitsubishi, satu daripada pembuat kereta Jepun terkemuka, kata mantan Perdana Menteri itu.

“Kami mempertimbangkan pembuat automotif Jepun yang lain. Buat masa ini kami bekerjasama dengan Honda," kata Dr Mahathir semasa menjawab soalan daripada seorang wartawan Jepun tentang sama ada Proton akan meneruskan kerjasamanya dengan Mitsubishi.

Sebelum itu, Dr Mahathir, yang juga pengasas Proton, menyampaikan ucaptama pada seminar bertema "Peluang Pelaburan dan Perdagangan di Kedah."

"Prestasi Proton boleh dipertingkatkan dan kami akan mengkaji dengan teliti cara-cara untuk kita terus mengeksport kereta kami," kata beliau.

Pada Oktober 2012, Proton memeterai kerjasama dengan Honda Motor Company Ltd untuk meneroka peluang-peluang kerjasama dalam penambahbaikan teknologi, barisan produk baharu serta perkongsian platform dan kemudahan.

Berikutan kerjasama itu, Proton Perdana generasi kedua dilancarkan pada Disember 2013 sebagai pengganti Proton Perdana asal.

Dr Mahathir juga berkata pasaran automotif Malaysia kecil sahaja dan untuk berkembang, Proton perlu memberikan tumpuan kepada eksport.

“Kami akan mengkaji dengan teliti negara-negara yang boleh menjadi destinasi eksport kereta kami supaya pengeluaran boleh ditingkatkan kerana kami mempunyai kapasiti pengeluaran yang besar, yang tidak digunakan," tegas beliau.

Kata Dr Mahathir, Proton ingin mempelawa syarikat-syarikat kereta Jepun untuk beroperasi di Malaysia kerana Proton sendiri boleh menawarkan sebahagian besar kilang pengeluarannya kepada mana-mana pelabur yang ingin mengeluarkan kereta di Malaysia.

Dalam ucaptamanya, Dr Mahathir berkata pembuat kereta Jepun boleh mempertimbangkan Kedah, yang dirancangkan sebagai hab automotif.

“Di Kedah, pelabur Jepun boleh meraih manfaat daripada tenaga buruh yang baik serta bekalan bahan getah dari Malaysia dan juga (negara jirannya) Thailand," tegas Dr. Mahathir. - Bernama
Proton, pembuat kereta Jepun berbincang Proton, pembuat kereta Jepun berbincang Reviewed by Admin on May 23, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.