Seo Services

Senarai individu berhak menggunakan cermin gelap


Mungkin pernah terlintas di fikiran kita sebagai pemilik kenderaan, siapakah sebenarnya individu yang berhak menggunakan cermin kenderaan gelap?

"Mengapakah pihak berkuasa boleh menggunakan cermin gelap biarpun tanpa kelulusan sepatutnya, kami tidak?"

Adakah penggunaan cermin gelap itu diluluskan?

MPV recon, Toyota Alphard, contoh terbaik. Cermin belakang dan sisi kenderaan dimpot dari Jepun itu sediakala gelap sewaktu dibawa masuk ke negara kita. Apakah kesudahan tindakan JPJ terhadap pemilik kenderaan itu?

Pelbagai persoalan yang timbul mengenai isu ini. Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ, berulang kali melaksanakan operasi menyaman pemilik kenderaan bercermin gelap.

Menurut  Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3) Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70% manakala cermin belakang dan tepi, telus cahaya tidak kurang 50%.

Jika pemilik kenderaan didapati melanggar kaedah itu, bagi kesalahan pertama, mereka boleh didenda RM500 atau dipenjarakan kurang 2 minggu. Pelaku kesalahan kali kedua, boleh didenda RM1,000 atau dipenjarakan kurang 2 bulan atau keduanya.

Pemasangan kaca gelap diberikan kepada orang-orang tertentu seperti di bawah kaedah 11(a) dan 11(b), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991.

Mana-mana orang yang tidak termasuk dalam kaedah 11(a) dan 11(b) yang menghadapi masalah kesihatan kulit terdedah atau dengan ancaman keselamatan boleh memohon pengecualian khas untuk pemasangan khas untuk pemasangan cermin gelap.

Merujuk senarai di atas, kenderaan Pengarah JPJ Negeri serta kakitangan, pegawai dan  anggota Pasukan Polis Diraja Malaysia, Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, dilarang menggunakan cermin gelap TANPA kebenaran Ketua Pengarah JPJ dan disokong oleh Menteri Pengangkutan Malaysia.

Kakitangan (Pusat Kenderaan Berkomputer) PUSPAKOM juga wajib mendapatkan kelulusan sekiranya ingin menggunakan cermin gelap.

Jika kenyataan di atas kurang tepat, sila JPJ perbetulkan agar rakyat Malaysia tidak terkeliru.

Pertengahan bulan Jun, JPJ bakal melaksanakan operasi besar-besaran menyaman kenderaan bercermin gelap

JPJ usah lupa untuk memeriksa kenderaan orang kenamaan, seperti menteri, ahli parlimen, ketua jabatan, selain daripada individu disenaraikan berhak menggunakan cermin gelap.

Kenderaan mewah dan berpemandu, bukan isyarat muktamad membuktikan cermin gelap kenderaan terbabit diluluskan. Ringkasnya, laksanakan undang-undang tanpa memilih bulu.


sumber
Senarai individu berhak menggunakan cermin gelap Senarai individu berhak menggunakan cermin gelap Reviewed by Unknown on May 20, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.