Seo Services

Sensitiviti Pemilihan Bra


Coli atau bra ialah pakaian dalam bagi wanita. Bra merupakan salah satu pelengkap pakaian yang berfungsi untuk melindungi payudara. Tujuan utamanya adalah untuk menyokong payudara tetapi juga digunakan sebagai tarikan nafsu. Kebanyakan wanita lebih suka mencari jenama dan saiz yang mereka selesa dengan mencuba dahulu. 

Dalam penggunaan bra tidak boleh sembarangan. Ada aturan dan ketentuan yang harus diperhatikan oleh wanita. Bra yang terlalu longgar maupun ketat, akan memberi kesan pada payudara dan mungkin kesihatan wanita. Untuk itu perlu hati-hati menggunakan bra yang boleh mempengaruhi kesihatan kita. 

Penting ke saiz bra? Cup bra? Untuk pengetahuan kaum hawa diluar sana, wanita mahkotanya adalah dada. Ia pun sebahagian tubuh kita. Bukan setakat jaga muka, rupa, gigi dan pinggang. Tapi dada juga penting bagi wanita. Pemakaian bra yang salah akan mengakibatkan masalah-masalah belakang, sakit kepala, ketegangan leher, ruam dan menarik struktur ligamen pada tubuh badan. 

 Kajian dilakukan terhadap wanita di seluruh dunia mendapati 80% daripada mereka tidak memahami kepentingan pakaian dalam, gaya dan saiz sesuai payudara. Lebih memeranjatkan, sembilan daripada sepuluh wanita mengatakan bra tidak sesuai saiz sendiri, manakala 60% tidak menepati kehendak dan keperluan badan serta payudara ketika memeakai bra.

 Pemilihan bra yang betul boleh membantu memberikan satu ilusi tubuh yang lebih ramping, sempurna serta kelihatan tambah menarik. Menurut Konsultan Pakar Bedah payu dara dan Endokrin, Pusat Perubatan Prince court, Dr.Harjit Kaur, golongan wanita yang memakai bra yang bersesuaian dengan saiz payu daya bagi menguatakan sokongan luar di samping meningkatkan keselesaan dan memberi bentuk tubuh yang cantik. 

Para ibu yang menjadi surirumah seelok-eloknya pakailah bra semasa melakukan kerja rumah seharian kerana semasa melakukan kerja, payudara perlulah disokong dengan tepat dan berpadanan. Kalau tidak, postur badan menjadi tidak seimbang. 
Sensitiviti Pemilihan Bra Sensitiviti Pemilihan Bra Reviewed by uMieySurianie on May 20, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.