Seo Services

Waspada anasir tidak senang kejayaan Sarawak - Taib

KUCHING - Pelan pembangunan dan rancangan ekonomi Sarawak perlu mengambil kira aspek keselamatan dan ketenteraman awam kerana jaminan terhadap dua perkara ini penting dalam usaha menarik lebih banyak pelaburan dan kemasukan pelancong, kata Yang Dipertua Negeri Tan Sri Abdul Taib Mahmud di sini hari ini.   

"Kita seharusnya sentiasa berwaspada supaya tidak mudah diganggu gugat oleh anasir-anasir dari dalam dan luar yang tidak senang dengan kemakmuran yang telah kita nikmati selama ini," katanya semasa berucap merasmikan pembukaan penggal keempat Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak ke-17 di sini.

Sehubungan itu, katanya, kawalan di pintu-pintu masuk perlu diperketat dan diperhebat bagi membendung aktiviti yang menyalahi undang-undang.   

"Agensi-agensi penguatkuasa seperti tentera, polis dan (Agensi Penguatkuasa) Maritim perlu memperkasa aset pertahanan mereka serta memperhebat rondaan terutama di kawasan sempadan dan perairan negeri," katanya.   

Taib berkata, keselamatan di tempat-tempat awam dan kawasan perumahan juga perlu diberi keutamaan dan pihak berwajib perlu meningkatkan rondaan mereka.

Katanya pihak berkuasa tempatan hendaklah menggunakan sistem dan teknologi moden seperti pemasangan kamera litar tertutup di tempat-tempat yang strategik bagi mencegah kegiatan jenayah yang boleh menggugat ketenteraman awam.   

"Saya juga menyeru penglibatan aktif pertubuhan bukan kerajaan dan orang ramai untuk turut sama dengan pihak berwajib dalam menjayakan aktiviti-aktiviti kesedaran antijenayah bagi memastikan ketenteraman awam terus terjaga," kata Taib.

Sementara itu, dua rang undang-undang akan dibentangkan dalam persidangan Dun Sarawak kali ini yang akan berlangsung sehingga 15 Mei.   Ini termasuk Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan dan Rang Undang-Undang Pindaan Pusat Biodiversiti Sarawak. - Bernama
( gambar Bernama)

Waspada anasir tidak senang kejayaan Sarawak - Taib Waspada anasir tidak senang kejayaan Sarawak - Taib Reviewed by Admin on May 05, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.