Seo Services

5 Ramadhan pilihan Felixia untuk memeluk Islam.


Model pakaian Muslimah, Felixia Yeap, 27 ketika menjadi panel jemputan di Program Semarak Ramadan anjuran kerajaan Negeri Selangor di Dataran Shah Alam semalam, dia telah menyatakan hasratnya untuk memeluk agama Islam adalah pada 3.Julai (Khamis) yang akan datang.

Ini adalah sepertimana yang telah disuarakan oleh dirinya sendiri semalam. berikutan dengan itu dia juga memberitahu bahawa tarikh tersebut dipilih adalah bersempena dengan ulang tahun kelahirannya.

"Saya akan mengucap pada 5 Ramadan ini, iaitu pada 3 Julai ini (Khamis), 5 Ramadan iaitu jatuh pada 3 Julai ini iaitu pada hari 'birthday' saya, hari itu juga merupakan hari kegemaran Nabi Muhammad," tambahnya.

Ketika berbicara mengenai puasa, Felixia juga berpesan supaya umat Islam Malaysia tidak meninggalkan puasa. 

Sementara bercakap mengenai ciri-ciri suami idamannya, Felixia berharap lelaki itu seorang yang mampu membawanya ke jalan syurga.

"Biarlah beliau seorang yang mampu membimbing saya ke jalan jannah," katanya.
5 Ramadhan pilihan Felixia untuk memeluk Islam. 5 Ramadhan pilihan Felixia untuk memeluk Islam. Reviewed by Unknown on June 28, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.