Seo Services

AZAM lancarkan rangkaian TV Online khas.


KUCHING : Angkatan Zaman Mansang, AZAM Sarawak telah melancarkan Televisyen Online organisasi tersebut, ianya adalah untuk merebut peluang yang disediakan oleh teknologi moden dalam meningkatkan penyebaran maklumat dan komunikasi serta interaksi sosialnya.

 'AZAM Online TV" boleh diikuti di YouTube, platform video online yang mempunyai lebih 1 billion pengguna seluruh dunia.

Saluran Televisyen Online ini merupakan pelengkap kepada aktiviti komunikasi AZAM yang dilakukan menerusi radio dan terbitan seperti rencana di suratkhabar.

Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga Pengerusi AZAM, Tan SRi Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani melancarkan TV online itu di Kuching.

Dalam ucapannya, beliau berkata TV Online itu akan membantu kerajaan dan agensi berkaitan dalam menyebarkan maklumat pembangunan dalam bentuk multimedia yang menawarkan isi kandungan yang menarik dan interaktif kepada komuniti.

TV Online itu juga akan menyediakan maklumat baru mengenai Sarawak, penduduknya, budaya serta usaha pembangunan yang dilakukan untuk mencapai status negeri maju menjelang 2030.

Beliau juga berharap komuniti akan mendapat pengetahuan yang mendalam mengenai Sarawak menerusi saluran yang betul, berasaskan fakta dan asli.

Turut berucap pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif AZAM, Datu Aloysius J. Dris yang berkata AZAM mengalu-alukan pandangan dan cadangan orang ramai bagi membantu organisasi itu menyediakan perkhidmatan lebih baik kepada komuniti menerusi TV Online.

Sebagai permulaan, TV itu akan menawarkan siri pembangunan yang akan diselitkan dengan rencana, bagi tatapan umum.

Sumber:RTMSarawak.
AZAM lancarkan rangkaian TV Online khas. AZAM lancarkan rangkaian TV Online khas. Reviewed by Unknown on June 28, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.