Seo Services

Enjin carian Mozilla Firefox kini lebih mesra pengguna


Dalam masa tiga tahun ini, Mozilla Firefox melakukan 25 penambahbaikan dan yang terbaru, mereka melakukan perubahan besar pada pelayar web Firefox 29.

Ia adalah perubahan terbesar pelayar web itu sejak pengenalan Firefox 4 pada tahun 2011, dengan antara muka baru yang kemas dan mesra pengguna di samping memberikan pengguna kawalan mutlak untuk melayari web.

Versi Firefox terbaru itu didatangkan dengan pelbagai jenis pilihan penyesuaian yang semakin mudah dicari hasil pengenalan butang “Customise” pada menu Firefox. Ia membolehkan pengguna “drag and drop” item menu yang hendak dicapai dengan cepat ke dalam tool bar.

Firefox 29 juga tampil dengan proses bookmarking yang baru dan pilihan untuk merentasi pelbagai peranti yang direka bagi memudahkan pengguna dengan bantuan cloud.
Enjin carian Mozilla Firefox kini lebih mesra pengguna Enjin carian Mozilla Firefox kini lebih mesra pengguna Reviewed by Unknown on June 25, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.