Seo Services

Suarez mungkin digantung 2 tahun dari sebarang perlawanan


Tonggak utama Uruguay, Luis Suarez mungkin akan digantung dari sebarang perlawanan selama dua tahun jika pemain tersebut didapati bersalah menggigit pemain pertahanan Itali, Giorgio Chiellini dalam pertemuan Uruguay menentang Itali, malam tadi.

Insiden itu dilaporkan berlaku dalam tempoh seminit sebelum Uruguay menjaringkan gol kemenangan menerusi Diego Godin pada minit ke-81 sekali gus melayakkan Uruguay ke pusingan seterusnya.

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa, Fifa hari ini mengesahkan kenyataan tersebut dan telah mengarahkan kedua-dua pemain hadir memberi keterangan serta menunjukkan bukti berhubung insiden terbabit.

Suarez sebelum ini direkodkan terlibat dalam insiden menggigit sebanyak tiga kali dan dia telah pun digantung 10 perlawanan akibat tindakannya itu.

Menurut pihak Fifa, ianya merupakan satu kesalahan atas padang yang serius dan Suarez boleh dikenakan hukuman yang lebih berat dari sebelumnya.

Rakaman ulang tayang insiden itu di televisyen menunjukkan Suarez menggigit bahu Chiellini selepas kedua-duanya bergelut di kawasan kotak penalti.

Suarez mungkin digantung 2 tahun dari sebarang perlawanan Suarez mungkin digantung 2 tahun dari sebarang perlawanan Reviewed by Unknown on June 25, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.