Pepatah ada mengatakan tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu kerana itu semua ketentuan Allah. Kita hanya perlu berusaha keras untuk merealisasikan impian yang tersemat di hati dan mungkin dengan kehendak-Nya ia bakal menjadi kenyataan.
Ditambah pula dengan kecanggihan teknologi dalam dunia serba moden ini, semua yang tidak mungkin berlaku boleh terjadi dalam sekelip masa, asalkan ada usaha. Begitulah senario yang dapat dilihat dalam industri hiburan global dan tempatan masa kini di mana ramai yang berlumba-lumba untuk menjadi penyanyi.
Tidak dinafikan kemunculan bakat baru dalam bidang nyanyian terkini umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Setiap hari ada sahaja wajah baru yang mencuba nasib sebagai penyanyi.
Joyce Chu, 17, menjadi selebriti Youtube secara tiba-tiba setelah mendedangkan sebuah lagu yang berentak 'catchy' bertajuk "Malaysia Chabo".
Lagu berkenaan menceritakan kisahnya sebagai seorang gadis Malaysia yang sejati dan meminta orang ramai tidak menggelarnya gadis Korea atau datang dari Korea.
Tajuk lagu tersebut, "Malaysian Chabor" (Chabor bermaksud 'wanita' dalam dialek Hokkien). Dalam lagu itu juga Cho memberitahu beliau berasal dari Johor Bharu, negeri di selatan Malaysia dan bukan Korea Selatan.
Seperti biasa, lagu-lagu dan video cliche seperti ini pasti ada penciptanya dan tidak lain tidak bukan beliau adalah Namewee.
Gadis Malaysia dapat 2 juta view di youtube
Reviewed by uMieySurianie
on
June 04, 2014
Rating:
No comments: