Seo Services

Kad Hari Raya Lagenda Budak Setan 3 Bantu Golongan Kurang Bernasib Baik

Dalam menyambung aktiviti kemasyarakatan dan usaha meningkatkan derma bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik, Red Box karaoke dengan kerjasama Tarantella Pictures, GSC Movies dan Astro Shaw telah melancarkan ‘Kad Ucapan Hari Raya Sambil Beramal’ untuk tabung Red Energy Charity Fund, iaitu tabung amal kumpulan Red Box karaoke yang telah ditubuhkan sejak 2009.
 
Kad ucapan ini dijual di semua rangkaian Red Box, Green Box dan Red Box Ria karaoke sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak ini dengan harga RM3.
 
Setiap RM2 daripada kad ini akan disumbangkan kepada tabung ini dan selebihnya digunakan untuk kos penghantaran kad ke seluruh Malaysia melalui POS Malaysia.
 
Secara tidak langsung, kempen ini turut membantu rangka promosi filem terbaru 'Lagenda Budak Setan 3' dalam usaha penerbit mendekati golongan sasaran. Sebanyak 3,000 kad telah dicetak dan diedarkan.
 
Dijangkakan sebanyak RM5,000 dana dapat dikumpulkan dalam masa sebulan ini. Sumbangan yang terkumpul itu nanti bakal diserahkan kepada golongan kurang bernasib baik pada majlis berbuka puasa bersama pelakon 'Lagenda Budak Setan 3'.
 
Pengunjung yang membeli kad terbabit juga berpeluang memenangi persalinan dan 'makeover' tajaan Zalora Malaysia bernilai RM4,000.
 
Selain itu pemenang turut berpeluang menghadiri Malam Gala Lagenda Budak Setan 3.-Media Harian
Kad Hari Raya Lagenda Budak Setan 3 Bantu Golongan Kurang Bernasib Baik Kad Hari Raya Lagenda Budak Setan 3 Bantu Golongan Kurang Bernasib Baik Reviewed by uMieySurianie on June 27, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.