Seo Services

Kegilaan tudung Fareeda yang melampau


Akibat terlalu obses dengan tudung yang berjenama Fareeda ramai yang sanggup jadi gelandangan di kaki lima demi untuk mendapatkan koleksi terbaru Fareeda.

Hal ini pasti sukar kerana golongan terbabit menganggap tudung Fareeda sebagai fesyen yang mesti dimiliki dan tidak mahu dianggap ketinggalan dalam bergaya.

Di sebalik pelbagai kontroversi yang menyelubungi tudung Fareeda terutama pertikaian tentang tudung yang dikatakan singkat dan tidak memenuhi syariat, jenama ini terus gah menempa nama di negara ini.


Bayangkan ada yang sanggup tidur di luar butik dan beratur dari pagi sampai ke petang. Dan oleh sebab ruang butik yang terhad tetapi pelanggan terlalu ramai, sistem angka giliran terpaksa diperkenalkan.


Sikap orang ramai yang sanggup menjadi gelandangan hanya kerana ingin mendapatkan tudung jenama Fareeda dilihat sebagai satu sikap keterlaluan, tidak masuk akal dan sangat dikesali.

Kegilaan itu nyata tertumpu kepada nilai fesyen yang diketengahkan jenama tudung berkenaan sahaja dan bukan bagi memenuhi tuntutan syariat Islam.

Menurut Naib Presiden Angkatan Belia Islam (ABIM), Fadhlina Sidek, berkata sebenarnya mahu berfesyen tidak salah dalam Islam tetapi harus selaras dengan syariat dan tuntutan iaitu tudung tidak boleh jarang, tidak pendek dan menutupi dada.

Ibu pejabat dan butik utama Tudung Fareeda terletak di Bandar Baru Bangi selain terdapat butik di Pulau Pinang dan Kelantan.
Kegilaan tudung Fareeda yang melampau Kegilaan tudung Fareeda yang melampau Reviewed by Unknown on June 04, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.