Seo Services

Kerajaan Pusat kaji naik royalti Sarawak

Negeri mohon tambah bayaran lima kepada 20 peratus

Miri: Kerajaan bersedia menimbangkan permohonan Sarawak supaya royalti minyak dan gas dinaikkan daripada lima kepada 20 peratus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri, tidak wujud sebarang halangan atau kekangan untuk merundingkan permohonan itu.

“Ini tidak semestinya dalam bentuk royalti (minyak dan gas), yang penting dana masuk (ke akaun kerajaan negeri), khusus bagi membiayai agenda pembangunan di Sarawak.

“Pertimbangan dan perundingan ini jelas membuktikan keakraban Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, ter-utama dalam merangka pelbagai inisiatif demi kepentingan rakyat di negeri ini,” katanya ketika berucap dalam Perayaan Gawai Dayak Malaysia 2014, di Dataran Kipas Miri, di sini, malam tadi.

Yang hadir sama Yang Di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.

Sokong kepemimpinan

Najib juga menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri di bawah kepemimpinan Adenan untuk terus memajukan Sarawak.

“Rakyat Sarawak membuat keputusan tepat menyertai Malaysia. Justeru, kita akan memastikan pembangunan mapan, terutama dalam usaha mengimbangi jurang pembangunan di bandar dan luar bandar,” katanya.

Sementara itu, Adenan menghargai kesediaan Kerajaan Persekutuan menimbangkan permohonan kenaikan royalti minyak dan gas negeri yang disifatkannya akan memberi kesan signifikan kepada ekonomi negeri bagi tempoh jangka panjang.

“Kita harap Perdana Menteri bermurah hati (meluluskan permohonan itu) seperti keputusan meluluskan banyak projek pembangunan untuk rakyat Sarawak,” katanya.

Ketika di Baram, Najib berkata, peruntukan untuk pembangunan luar bandar dapat ditambah bagi manfaat penduduk apabila Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan tahun depan.

Katanya, melalui GST, kerajaan dapat meningkatkan hasil yang seterusnya disalurkan untuk pembangunan negara, khususnya di luar bandar.

Jaminan GST

“Masyarakat luar bandar tidak perlu bimbang dengan dakyah pembangkang yang cuba menghasut mereka menentang pelaksanaan GST. Saya memberi jaminan barang keperluan harian rakyat dikecualikan daripada GST,” katanya pada majlis sambutan Gawai Dayak di Long Silat, sebuah perkampungan masyarakat Kenyah.

Ketibaan Perdana Menteri disambut penuh adat istiadat kaum itu. Beliau diarak atas sebuah perahu tradisional yang ditarik oleh masyarakat setempat.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan beberapa Menteri Persekutuan dan negeri ialah antara kira-kira 3,000 yang hadir. - BH
Kerajaan Pusat kaji naik royalti Sarawak Kerajaan Pusat kaji naik royalti Sarawak Reviewed by Admin on June 03, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.