Seo Services

Mangsa kebakaran Kpg Lalang terima sumbangan.


Foto ehsan Kr.Suhai Masri.
GEDONG: Menteri Muda di pejabat Ketua Menteri Datuk Naroden Majais telah mengunjungi mangsa kebakaran di Kpg Lalang,Gedong pada hari Jumaat yang lepas.

Berikutan dengan itu keluarga Lias bin Tamin, 70 kini tinggal sehelai sepinggang selepas musibah tersebut menimpa mereka.

Namun begitu, dia berasa bersyukur kerana insiden tersebut tidak mengorbankan ahli keluarganya dan mereka sekeluarga redha atas apa yang berlaku.

Mangsa yang mengalami kerugian yang telah ditaksirkan lebih kurang RM200 ribu.

Sabtu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri telah pun tampil dan menghulurkan bantuan berbentuk kewangan, barangan keperluan harian serta bahan makanan.

Naroden  juga telah menyumbangkan sebanyak RM3 ribu dari sumbangan peribadinya dan pihak Jabatan Kebajikan Simunjan menyumbangkan bantuan makanan bagi meringankan beban mangsa.

Turut hadir Pemanca Hj Shara Enai dan Penghulu Abg Ronee Abg Saadjli.

Sumber: RTMSarawak
Mangsa kebakaran Kpg Lalang terima sumbangan. Mangsa kebakaran Kpg Lalang terima sumbangan. Reviewed by Unknown on June 30, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.