Seo Services

Ops Sawit banteras kegiatan tidak bertanggungjawab.

gambar hiasan

MIRI: Satu operasi penguatkuasaan bersepadu yang dikenali sebagai OPS Sawit yang melibatkan pelbagai agensi iaitu Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Jabatan Imigresen dan Jabatan Pengangkutan Jalan telah dilaksanakan semalam di Jalan Beluru Lapok iaitu kira-kira 130km dari Bandaraya Miri.

Operasi ini adalah bertujuan untuk membanteras kegiatan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengganggu operasi peladangan sawit di sekitar kawasan tersebut.

Ianya meliputi operasi meroboh struktur bangunan yang dibina secara haram di atas tanah Kerajaan, yang melibatkan sebuah rumah pekerja, sebuah rem pemunggahan sawit dan sebuah rangka rumah dalam pembinaan.

Ketika operasi dijalankan, pihak Imigresen dan pasukan Gerakan Am PDRM telah berjaya menahan tiga orang pendatang tanpa (PATI) yang pada ketika itu dijumpai di kawasan tersebut.

Disamping itu juga, Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan dan Trafik juga mengadakan sekatan jalan raya dan memeriksa kenderaan yang melalui kawasan berkenaan bagi mengesan kenderaan curi dan kenderaan-kenderaan yang tidak mematuhi peraturan.


 Sumber:RTMSarawak
Ops Sawit banteras kegiatan tidak bertanggungjawab. Ops Sawit banteras kegiatan tidak bertanggungjawab. Reviewed by Unknown on June 25, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.