Seo Services

Pertandingan Reka Bentuk Kereta Proton 2014


Rakyat Malaysia berusia antara 13 hingga 25 tahun dipelawa menyertai Pertandingan Reka Bentuk PROTON 2014 bertemakan ‘PROTON City Car 2020’ yang berlangsung mulai semalam sehingga 4 Ogos ini.

Kami percaya ada ramai anak muda Malaysia yang berbakat, jadi kami menyediakan saluran untuk mereka menunjukkan kebolehan mereka dalamreka bentuk kereta, dan berharap untuk menggalakkan mereka yang bercita-cita menjadi pereka kereta masa depan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Holdings Bhd, Datuk Abdul Harith Abdullah.

Hadiah yang ditawarkan termasuk wang tunai, komputer riba Macbook yang dilengkapi perisian reka bentuk serta menjalani latihan industri di Pusat Penyelidikan & Pembangunan Rekabentuk Kreatif PROTON.

Kemuka tiga penyertaan

Peserta dalam dua kategori usia (13-17 dan 18-25 tahun) boleh mengemukakan sehingga tiga penyertaan yang terdiri daripada saiz A3 lakaran kereta termasuk 3/4 bahagian depan, sisi dan pemandangan belakang, melalui pos atau secara dalam talian ke citycar2020.proton.com.
Pertandingan Reka Bentuk Kereta Proton 2014 Pertandingan Reka Bentuk Kereta Proton 2014 Reviewed by Admin on June 25, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.