Seo Services

TPP: Vietnam, Malaysia raih manfaat

KUALA LUMPUR - Vietnam dan Malaysia dijangka meraih manfaat paling besar daripada Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA), apabila ia menjadi kenyataan kelak, kata Dua Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Joseph Y. Yun. 

Beliau menyebut satu kajian baru-baru ini oleh Institut Ekonomi Antarabangsa Peterson di Washington DC, yang menunjukkan bahawa Vietnam akan menjadi penerima manfaat terbesar dari segi sumbangan keluaran dalam negara kasar, diikuti oleh Malaysia.

"Malaysia berada dalam rantau yang terdiri daripada ekonomi-ekonomi yang berkembang pantas. Untuk menjadi negara perdagangan yang lebih kukuh, Malaysia memerlukan lebih banyak modal asing. 

"TPPA akan menyediakan tahap ketelusan, peraturan, tenaga buruh dan perlindungan perdagangan yang lebih tinggi, yang diperlukan untuk menarik pelaburan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada perasmian bengkel bertajuk "Leveraging E-commerce to Help SMEs Reach New Markets (Memanfaatkan E-dagang untuk Bantu PKS Masuki Pasaran Baharu)", di sini hari ini. 

Menurut Yun, syarikat-syarikat Malaysia, termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), bakal menikmati perdagangan keutamaan yang menawarkan tarif yang lebih rendah dan ketelusan yang lebih tinggi. 

Sambil mengakui beberapa sektor mungkin terjejas oleh TPPA, beliau berkata bagaimanapun, agihan perdagangan akan semakin besar untuk memberi manfaat kepada negara ini pada keseluruhannya. 

TPPA ialah cadangan perjanjian perdagangan bebas yang membabitkan 12 negara, iaitu Amerika Syarikat, Malaysia, Singapura, Vietnam, Kanada, Australia, Jepun, Peru, New Zealand, Chile, Mexico dan Brunei, dan rundingan-rundingan sedang dijalankan sejak lima tahun lepas. - Bernama
TPP: Vietnam, Malaysia raih manfaat TPP: Vietnam, Malaysia raih manfaat Reviewed by uMieySurianie on June 03, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.