Seo Services

Gadis selamat walaupun ditusuk 3 batang besi

PATNA: Seorang gadis terselamat dari maut meskipun tiga batang besi menembusi badannya, selepas dia terjatuh dari tapak pembinaan di bandar Bihar, India, baru-baru ini.

Ketika kejadian, gadis berusia 17 tahun itu berada di atas bumbung lalu terjatuh akibat tergelincir di atas batang besi yang dijadikan cerucuk bangunan.

Dia bernasib baik kerana batang-batang besi yang menembusi badannya, tidak terkena organ penting.

Pasukan penyelamat yang tiba di tempat kejadian, mengambil masa selama 10 jam untuk memotong besi berkenaan.

Sebaik batang besi itu dipotong, dia terus dihantar ke Hospital Ruban Patilputra dan di situ gadis berkenaan terpaksa menjalani pembedahan selama lima jam untuk membuang batang besi yang tercucuk dalam badannya.

Dia kini sedang menjalani pemulihan di hospital. - Agensi
Gadis selamat walaupun ditusuk 3 batang besi Gadis selamat walaupun ditusuk 3 batang besi Reviewed by Admin on July 02, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.