Seo Services

Najib Pengerusikan Mesyuarat Kabinet Pertama Selepas Pertambahan Menteri


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama selepas pertambahan tiga anggotanya minggu lalu.

Ketiga-tiga menteri yang baru dilantik itu hadir iaitu Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, dan dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong dan Datuk Mah Siew Keong.

Mesyuarat bermula kira-kira pukul 9.45 pagi di Bangunan Perdana Putra di sini. Ia merupakan mesyuarat Kabinet pertama bagi Wee (timbalan presiden MCA) dan Mah (presiden Gerakan), tetapi tidak asing bagi Liow (presiden MCA) yang pernah memegang jawatan menteri kesihatan pada 2008 sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei tahun lepas.

Turut dilantik minggu lalu ialah tiga naib presiden MCA iaitu Datuk Lee Chee Leong memegang jawatan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Datin Paduka Chew Mei Fun selaku Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Kemasukan wakil MCA dan Gerakan dalam barisan Kabinet itu adalah bagi mengukuhkan konsep perkongsian kuasa dalam pentadbiran negara yang melibatkan semua kaum.- BERNAMA
Najib Pengerusikan Mesyuarat Kabinet Pertama Selepas Pertambahan Menteri Najib Pengerusikan Mesyuarat Kabinet Pertama Selepas Pertambahan Menteri Reviewed by Unknown on July 02, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.