Seo Services

Jokowi benarkan rakyat asing beli hartanah Indonesia

JAKARTA, 4 Julai – Calon Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) bercadang untuk membenarkan warga asing membeli pangsapuri dalam usaha untuk meningkatkan hasil cukai.

Ia juga dilihat satu langkah yang boleh merangsang permintaan pelabur untuk mengambil kesempatan daripada harga rendah di pasaran mewah.

“Rakyat asing akan dibenarkan membeli pangsapuri bernilai sekurang-kurangnya 2.5 bilion rupiah (RM670, 000) di Jakarta, bandar-bandar utama yang lain dan juga di Pulau Bali, “ kata juru kempen beliau, Setyo Maharso dalam satu wawancara semalam.

Menurutnya, selama ini warga asing tidak dibenarkan membeli hartanah di Indonesia, mengakibatkan berlakunya urusniaga haram menerusi proksi.

Tambah beliau lagi, dengan kaedah baru itu kerajaan Indonesia boleh mengenakan cukai mewah jualan, sekaligus dapat membantu menambah pendapatan kasar negara. Idea itu tidak terdapat dalam manifesto kepmen Jokowi, tetapi ia ternyata popular di kalangan para pelabur.

“Jika kerajaan membuka pasaran ini kepada orang asing, ia akan memberi faedah kepada kerajaan kerana mereka boleh mendapatkan lebih banyak pendapatan daripada cukai dan pasaran hartanah akan menjadi menarik,” kata Anton Sitorus, ketua penyelidik Jones Lang LaSalle Inc di Indonesia.

“Jika dibandingkan harga semasa pangsapuri di Singapura, Hong Kong dan Australia, warga asing boleh membeli lapan buah pangsapuri di Indonesia,” kata Sitorus, merujuk kepada harga pasaran yang lebih murah.

“Namun apa yang belaku selama ini, warga asing membeli rumah menggunakan nama isteri atau suami mereka yang merupakan warga Indonesia. Keadaan ini menyebabkan Indonesia kehilangan hasil cukai daripada mereka,” katanya.

Bank Indonesia melihat harga hartanah kediaman pada suku kedua meningkat 7.9 peratus daripada setahun yang lalu. – Bloomberg
Jokowi benarkan rakyat asing beli hartanah Indonesia Jokowi benarkan rakyat asing beli hartanah Indonesia Reviewed by Admin on July 04, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.