Seo Services

Sarawak hanya menunggu arahan dari Kerajaan pusat untuk projek pembinaan jalan


KUCHING - Kerajaan Sarawak masih menunggu arahan daripada kerajaan Pusat untuk memulakan projek pembinaan jalan bernilai RM1 bilion di negeri ini.

Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan negeri, Datuk Seri Micheal Manyin berkata, antara projek yang dirancang di bawah peruntukan itu adalah pembinaan Jambatan Batang Samarahan bernilai RM150 juta, jalan dua lorong dari Batu 10 ke Batu 15 Jalan Kuching-Serian (RM80 juta), jalan dari pasar raya Emart Matang ke Batu Kawa (RM145 juta) dan jalan dari Kanowit ke Kapit (RM400 juta).

"Kita mempunyai banyak projek besar di bawah kerajaan Pusat yang masih belum dimulakan pembinaannya sehingga kini.

"Peruntukan untuk projek ini sudah diluluskan tetapi kita masih menunggu arahan mengenai proses tender sama ada akan dilakukan secara tender terbuka atau terpilih," katanya dalam sidang akhbar selepas menerima kunjungan hormat jawatankuasa penganjur Kejohanan Golf Bidayuh Sedunia, di sini semalam.
Sarawak hanya menunggu arahan dari Kerajaan pusat untuk projek pembinaan jalan Sarawak hanya menunggu arahan dari Kerajaan pusat untuk projek pembinaan jalan Reviewed by Unknown on July 02, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.