Seo Services

Kes orang Penan dijangkiti kusta pada tahap yang amat membimbangkan


BARAM - Jangkitan penyakit kusta dalam kalangan masyarakat Penan adalah membimbangkan apabila 62 peratus atau 23 daripada 37 pesakit kusta yang dilaporkan di negeri ini pada tahun lalu merupakan kaum minoriti tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau berkata, walaupun tidak banyak kes kusta dilaporkan berlaku di kawasan bandar tetapi jangkitan penyakit yang menular di luar bandar khususnya penempatan masyarakat Penan harus segera dibendung.

Katanya, kerajaan negeri melalui Jabatan Kesihatan telah menggiatkan usaha untuk mengurangkan kes jangkitan kusta dalam kalangan masyarakat Penan dengan mengambil beberapa tindakan seperti saringan penyakit kepada masyarakat itu di sini dan Belaga sejak 2011.

"Jika penyakit kusta tidak dikesan dan dirawat pada peringkat awal, jangkitan kuman itu boleh mengakibatkan kecacatan kekal anggota badan seperti kudung kaki dan tangan.

"Sebab itu, saya minta penduduk setempat mendapatkan pemeriksaan dan rawatan secepat mungkin bagi mengelak jangkitan penyakit ini," katanya.

Beliau berucap dalam Majlis Sambutan Hari Kusta Sedunia Peringkat Kebangsaan di Long Banga, Ulu Baram, di sini baru-baru ini.

Menurut Dennis, laporan Jabatan Kesihatan negeri bagaimanapun menunjukkan Sarawak sudah mencapai status eliminasi dengan paras di bawah satu kes untuk setiap 10,000 penduduk sejak 1994.

Tambahnya, secara keseluruhan, kes kusta di negeri ini masih terkawal dengan tindakan diambil oleh kerajaan menerusi Jabatan Kesihatan melalui pelbagai usaha pembanterasan dan kawalan.

"Tahun lalu, Sarawak masih mengekalkan status eliminasi ini tetapi diharap kita jangan begitu berbangga dengan pencapaian tersebut kerana masih ada penduduk dijangkiti kusta," katanya.

Kes orang Penan dijangkiti kusta pada tahap yang amat membimbangkan Kes orang Penan dijangkiti kusta pada tahap yang amat membimbangkan Reviewed by Unknown on July 02, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.