Seo Services

Sharifah Aini Dirawat Di ICU Kerana Jangkitan Paru-Paru

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Penyanyi wanita tersohor Malaysia Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di sini kerana jangkitan paru-paru.

Menurut satu kenyataan pada Selasa, Sharifah Aini yang genap 61 tahun esok, disahkan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lepas.

Konsultan Pakar Respiratori Datuk Dr Zainuddin Md Zain, yang merawat beliau, berkata situasi itu jarang berlaku dan menyebabkan paru-paru hilang kekenyalan atau berparut akibat penebalan tisu perantara.

"Penyanyi itu dibawa ke hospital oleh anak lelakinya, Aliff Omar Ali pagi semalam apabila beliau menghadapi kesukaran bernafas," menurut kenyatan itu.

Terkenal dengan lagu 'Seri Dewi Malam', Sharifah Aini dilaporkan stabil namun dinasihat tidak menerima pelawat kecuali anggota keluarga.

Beliau memulakan kerjaya sebagai penyanyi selepas memenangi Pertandingan Juara Bintang RTS (Radio Televisyen Singapura) menerusi lagu 'Tiga Malam' pada 1968.

Sharifah Aini dianugerah 'Biduanita Negara' iaitu gelaran tertinggi negara untuk penyanyi wanita sebagai menghargai sumbangannya kepada industri muzik, rakyat dan negara.

Penyanyi era 70-an itu menerima anugerah Panglima Jasa Negara (PJN), yang membawa gelaran 'Datuk', daripada Kerajaan Persekutuan pada Jun 2003.-- BERNAMA

Sharifah Aini Dirawat Di ICU Kerana Jangkitan Paru-Paru Sharifah Aini Dirawat Di ICU Kerana Jangkitan Paru-Paru Reviewed by Admin on July 02, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.