Seo Services

Tiada Lesen Memandu Dan Cukai Jalan Kesalahan Utama Pengguna Jalan Raya - JPJ


MELAKA: Tiada lesen memandu dan cukai jalan yang sah merupakan dua kesalahan utama yang dilakukan oleh pengguna jalan raya, kata Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Yusoff Ayob.

Katanya daripada kira-kira 460,000 saman yang dikeluarkan JPJ tahun lepas, 80 peratus adalah atas dua kesalahan terbabit.

"Rata-rata umur mereka yang melakukan kesalahan ini adalah dalam lingkungan 20-an sehingga 40-an," katanya kepada pemberita selepas memantau Operasi Penguatkuasaan JPS Sempena Aidilfitri, di sini Rabu. 

Beliau berkata masalah itu berpunca daripada sikap sambil lewa pengguna yang mengambil mudah perkara berkenaan.

Sistem pembaharuan lesen memandu mengikut tarikh lahir pula hanya menyumbang sekitar 20 peratus dalam memastikan pemandu mempunyai lesen yang sah, katanya.

Mengulas mengenai operasi tersebut, Yusoff berkata sebanyak 716 kenderaan diperiksa dan daripada jumlah itu 123 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Ini termasuk 57 kesalahan tiada lesen memandu dan 13 tiada cukai jalan, katanya. "Kesalahan lain yang dikesan termasuk menggunakan nombor plat tidak dibenarkan, tiada cermin sisi, cermin gelap dan tiada perlindungan insurans kenderaan," katanya.- BERNAMA
Tiada Lesen Memandu Dan Cukai Jalan Kesalahan Utama Pengguna Jalan Raya - JPJ Tiada Lesen Memandu Dan Cukai Jalan Kesalahan Utama Pengguna Jalan Raya - JPJ Reviewed by Unknown on July 23, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.