KUCHING: Satu sidang media khas berkenaan kes penipuan peluang pekerjaan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Komersil, Ibu Pejabat Polis Kontijen Sarawak yang oleh Supritenden Polis Mohd Firdaus bin Abdullah, merangkap Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontijen Sarawak.
Sidang media khas ini turut dihadiri oleh DSP Mustafa Kamal Gani,Timbalan Ketua Jabatan siasatan Jenayah Komersil dan Insp. Marcel Ireneus, Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah Sri Aman.
Menurutnya pihak polis telah menerima sebanyak 23 laporan polis sejak 01 Julai sehingga 06 Julai 2014 berhubungan dengan kes penipuan peluang pekerjaan dimana melibatkan seramai 256 orang mangsa yang telahpun dikenalpasti berusia sekitar 18 hingga 56 tahun yang majoriti tinggal di Daerah Sri Aman, Betong dan Kuching.
Modus Operandi berhubung penipuan ini adalah dengan menawarkan peluang pekerjaan “OFFSHORE” di Qatar dengan gaji yang dijanjikan bernilai sebanyak 12 Euro setiap jam oleh suspek dan setiap mangsa dikehendaki membayar sebanyak RM 350 bagi urusan pasport serta visa yang dibuat melalui pembayaran tunai mahupun melalui transaksi ke akaun bank suspek.
Jumlah kerugiaan keseluruhannya bernilai dalam anggaran sebanyak RM 89,600.
Dalam pada itu mangsa juga telah dikatakan ditawarkan wang tunai bernilai RM20,000 sebagai bayaran pendahuluan sebelum berlepas ke Qatar.
Suspek yang berusia 27 tahun itu, merupakan seorang penganggur yang berasal dari Sarikei serta mula menjalankan kegiatan tersebut sejak awal April tahun ini dan telah diberkas oleh sepasukan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah Sri Aman pada 04.Julai 2014 dan dituduh dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan kini masih direman sehingga 08. Julai. 2014.
Suspek yang menjalankan aktiviti penipuannya dengan mengadakan sesi taklimat di rumahnya di Sri Aman bertujuan menawarkan peluang pekerjaan “OFFSHORE” kepada mangsa dan menjanjikan pulangan gaji yang lumayan .
Turut dirampas semasa penangkapan suspek adalah dokumen-dokumen termasuk salinan kad pengenalan managsa, salinan buku bank, resit-resit transaksi wang serta gambar-gambar mangsa di tempat kediaman mangsa di Sri Aman.
Sumber: Polis Sarawak.
Tumpasnya individu kes penipuan peluang pekerjaan.
Reviewed by Unknown
on
July 08, 2014
Rating:
Reviewed by Unknown
on
July 08, 2014
Rating:


No comments: