Seo Services

Wanita suka selfie, kenapa?

Selfie? Anda mesti salah seorang yang suka mengambil foto selfie. Selfie, semakin ramai yang menggunakan perkataan ini sebagai hashtag di laman sosial seperti Instagram, Path, dan Facebook.
 
Menurut kamus Oxford,selfie adalah satu foto diri sendiri yang diambil menggunakan telefon pintar atau kamera yang kemudian dipindah naik ke laman sosial. Selfie sebenarnya sudah dikenali sejak awal tahun 2000.
 
Sebelum Facebook popular seperti sekarang,ramai yang memuat naik gambar selfie di MySpace. Begitu popularnya perkataan ini hingga pada November 2013 lalu, Kamus Bahasa Enggris Oxford mengumumkan perkataan selfie sebagai perkataan paling banyak dipakai tahun ini.
 
Keratan pada akhbar Metro pernah menyatakan bahawa terdapat 71.3 juta hastag selfie di laman sosial Instagram. Rancak sungguh manusia berselfie. Tapi selfie banyak dilakukan oleh golongan wanita. Begitu juga dengan artis popular yang suka selfie seperti Neelofa, Shila Amzah, Elfira Loy dan Tasha Shila.
 
Kenapa ramai orang, terutama wanita, suka gambar selfie? Menurut ahli psikologi Diana Parkinson selfie kini menjadi cara baru untuk berkomunikasi yang boleh diterima secara meluas.
 
Selfie adalah bentuk moden untuk menarik perhatian kerana sekarang ini sebahagian besar dari kita bertemu dan berkomunikasi secara online, begitulah kita menggambarkan dan menempatkan diri.
 
Di satu sisi lainnya foto selfie ini memang boleh memberi impak positif pada diri. Ketika mendapat pujian dan banyak like dari pengguna laman sosial.

Orang yang mempamerkan foto selfie menjadi lebih percaya diri dan berkeyakinan. Walaupun begitu ianya juga memberi impak yang negetif.
Wanita suka selfie, kenapa? Wanita suka selfie, kenapa? Reviewed by uMieySurianie on July 01, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.