Seo Services

5 anggota Polis cedera ketika lerai rusuhan


Lima anggota polis cedera ketika menjalankan tugas meleraikan rusuhan penyokong pasukan bola sepak Sarawak selepas perlawanan bolasepak sepak Piala Malaysia antara Sarawak dan Perak di Stadium negeri semalam.

Kejadian dilaporkan bermula selepas selesai perlawanan bolasepak tersebut lebih kurang jam 11 malam tadi apabila sekumpulan penyokong Sarawak seramai lebih kurang 2000 orang telah merusuh dan masuk kedalam padang sehingga menyebabkan kerosakan pada beberapa pintu pagar stadium.

Beberapa orang penyokong juga telah membakar flare, mercun dan membaling objek ke arah anggota keselamatan yang bertugas, walaupun diberi amaran untuk kumpulan tersebut enggan bersurai dan sebaliknya bertindak semakin agresif.

Perkara ini disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Supt Fauzilan Abdul Aziz ketika dihubungi Sarawakiana sebentar tadi, yang kemudiannya berkata Unit Pencegah Rusuhan (PORU) tiada pilihan lain selain melepaskan bom asap ke arah kumpulan yang merusuh berkenaan untuk meleraikan keadaan.

Namun setengah jam kemudian, kumpulan penyokong Sarawak sekali lagi telah berkumpul di hadapan pintu masuk utama stadium dan di tempat letak kereta di luar luar stadium dan bertindak merosakkan kenderaan-kenderaan Polis.

Sebelum ini, Sarawakiana melaporkan hanya dua kenderaan polis yang rosak dan terbakar dalam rusuhan tersebut namun jumlah terkini kenderaan yang dirosakkan oleh perusuh adalah sebanyak tujuh buah.

Setakat ini, lima lelaki tempatan berumur di antara 17 hingga 20 tahun di percayai terlibat dalam insiden rusuhan tersebut telah di tahan polis. - Sarawakiana
5 anggota Polis cedera ketika lerai rusuhan 5 anggota Polis cedera ketika lerai rusuhan Reviewed by Admin on August 31, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.