Seo Services

5 penyokong Sarawak ditahan gara-gara mengamuk


Lima orang penyokong Pasukan Bolasepak Sarawak telah di tahan polis dipercayai terlibat insiden mengamuk di luar Stadium Negeri Sarawak apabila Sarawak hilang kelayakan untuk meneruskan aksi dalam Piala Malaysia setelah seri dengan Perak 1-1 semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Supt. Fauzilan Abdul Aziz ketika di hubungi Sarawakiana mengesahkan kejadian dan menyatakan kelima saspek kini ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Sebuah kenderaan polis di bakar sementara sebuah lagi diterbalikkan apabila kumpulan tersebut mula mengamuk sejurus perlawanan kumpulan B Piala Malaysia tersebut tamat hampir tengah malam semalam.

Menurut Ketua Balai Bomba & Penyelamat Petra Jaya Mohd Rafi Saibi dua buah enjin berserta 15 anggota bomba dari Balai Bomba & Penyelamat Petra Jaya sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan.

"Kami mengelami masalah untuk tiba di tempat kejadian kerana laluan ke sana (dekat luar stadium) sesak dengan orang ramai," katanya lagi.

Penyokong Sarawak yang nampaknya terlampau emosi telah membakar sebuah kenderaan MPV polis sementara menterbalikkan sebuah lagi kenderaan polis.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Supt. Fauzilan Abdul Aziz mengesahkan setakat ini, lima saspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian semalam telah diberkas dan kini dalam tahanan polis. - Sarawakiana
5 penyokong Sarawak ditahan gara-gara mengamuk 5 penyokong Sarawak ditahan gara-gara mengamuk Reviewed by Admin on August 31, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.