Seo Services

Adenan Harap S'wak Dapat Peruntukan Lebih Di Bawah Rmk-11


SARIKEI: Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem berharap Sarawak akan menerima peruntukan lebih besar di bawah Rancangan Malaysia ke-11 bagi membawa lebih banyak pembangunan di negeri ini terutama di pedalaman.

Beliau berkata ini kerana Sarawak sebuah negara yang amat besar, iaitu sebesar keseluruhan Semenanjung Malaysia, dan mempunyai tidak kurang daripada 5,000 penempatan di pedalaman termasuk rumah panjang dan perkampungan. 

"Memang kita sudah ada kemajuan dan pembangunan selama ini namun realitinya, kami masih jauh ketinggalan.

"Terdapat keperluan untuk lebih banyak jalan raya manakala yang sedia ada perlu dinaik taraf agar sama seperti kualiti dan standard jalan raya di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia," katanya pada majlis Hari Raya anjuran komuniti Islam di Pusat Sivik di sini hari ini.

Menyentuh isu bekalan air dan elektrik, Adenan berkata masih ada penduduk yang tinggal berhampiran Empangan Hidro Bakun dan Murum tidak mendapat kemudahan itu.

"Saya akan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan mereka turut mendapat manfaat," katanya.

Beliau turut menyeru rakyat Sarawak agar memelihara keharmonian dan perasaan muhibah antara kaum yang dinikmati dengan terus mengunjungi rumah terbuka pada musim perayaan.- BERNAMA
Adenan Harap S'wak Dapat Peruntukan Lebih Di Bawah Rmk-11 Adenan Harap S'wak Dapat Peruntukan Lebih Di Bawah Rmk-11 Reviewed by Unknown on August 09, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.