KUALA LUMPUR, 19 OGOS 2014: Pelakon yang sedang popular menerusi drama bersiri Rindu Awak 200% iaitu Ayda Jebat akui telah menerima impak yang sangat hebat daripada peminat sejak drama yang diadaptasikan dari novel itu ditayangkan.
Paling hebat apabila Ayda memberitahu dia menerima kiriman emel daripada seorang peminat yang mahu dia dan hero drama tersebut iaitu Zul Ariffin berkahwin selewat-lewatnya selepas Raya ini.
"Peminat setakat ini suka akan gandingan kami walaupun ada juga yang membenci dek kerana watak saya yang sombong dan sangat degil.
"Saya menerima banyak respon daripada peminat terutama di laman sosial seperti Instagram yang kebanyakannya positif sahaja.
"Memang ramai yang mahu melihat kami berdua benar-benar bercinta walaupun di luar drama tapi paling hebat sampai ada yang personal emel saya sendiri berutahu mahu melihat kami bahagia dan berkahwin.
"Biasanya kami anggap ianya sebagai joke sahaja dan tak ambil pusing kerana itu yang perlu kami terima bila peminat benar-benar menghayati lakonan kami," katanya kepada murai.com.my.
Ayda temui hadir bersama Zul dalam sebuah majlis rumah terbuka majalah Media Hiburan yang diadakan di Restoran N'dah Shah Alam semalam.
Rindu Awak 200% itu masih ditayangkan di TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis sehingga 28 episod.-Murai
Ayda Jebat Tenang Dipaksa Kahwin Dengan Zul Ariffin
Reviewed by uMieySurianie
on
August 19, 2014
Rating:
No comments: