Seo Services

Cubaan Curi Wang Dari Mesin ATM Gagal

KUCHING: Satu cubaan untuk mencuri wang dari sebuah mesin ATM sebuah bank di Sungai Maong berdekatan dengan Bandaraya ini menemui kegagalan awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Kuching Supt Fauzilan Abdul Aziz ketika di hubungi Sarawakiana berkata kejadian disedari oleh seorang pekerja insuran yang tiba dipejabatnya yang bersebelahan dengan bank berkenaan lebih kurang jam 7 pagi.

"Terdapat kesan terbakar di bahagian tepi mesin ATM tersebut dipercayai dibakar oleh penjenayah menggunakan oksigen welding," katanya.

Fauzilan juga mendedahkan lampu dalam bilik mesin ATM tersebut dipercayai telah dirosakkan oleh penjenayah.

"Setakat ini tiada tangkapan dibuat dan polis sedang menyiasat kejadian tersebut," katanya lagi.- Sarawakiana
Cubaan Curi Wang Dari Mesin ATM Gagal Cubaan Curi Wang Dari Mesin ATM Gagal Reviewed by Admin on August 22, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.