Seo Services

Hukum Isu Tafakur Dan Hari Berkabung MH17 Dalam Islam


Fahaman bertafakkur dalam Islam tidaklah sama dengan apa yang dilakukan sekarang ini yang dipanggil ‘moment of silence’ (tunduk selama beberapa minit) bagi menghormati orang yang mati.

Tafakkur membawa makna “kegiatan hati untuk memahami makna setiap perkara bagi mencapai apa yang dihajati.

Tafakkur juga merupakan pancaran hati yang dengannya kebaikan, keburukan, manfaat dan kemudaratan akan menjadi jelas (al-Jurjani, Kitab al-Ta’rifat, ms.77)

Namun perbuatan tunduk selama beberapa minit (moment of silence) bagi menghormati orang yang mati tidaklah bertentangan dengan syarak kerana ia sekadar tanda penghormatan yang bersifat universal dan tidak melibatkan apa-apa ritual bacaan dan pergerakan yang menyerupai amalan keagamaan agama lain.

Penekanan dalam perbuatan ‘moment of silence’ lebih kepada bagi menunjukkan kesedihan, ingatan dan penghormatan kepada mereka yang telah meninggal dunia.

Menurut istilah pula, perkabungan memberi erti meninggalkan perbuatan memakai haruman, perhiasan, celak, minyak, sama ada yang harum ataupun tidak, iaitu yang khusus bagi tubuh.

Namun ia boleh dikiaskan kepada konteks yang lebih besar termasuk dalam konteks masyarakat dan Negara seperti dalam kes MH17.

Sekiranya perbuatan tersebut disertai dengan ritual keagamaan agama lain seperti menyalakan lilin atau bacaan-bacaan tertentu maka ia menjadi tidak selari dengan amalan Islam dan dilarang oleh syarak.


  1. Kita hanya dibenarkan bersedih hanya 3 hari.

  2. Untuk isteri yang kematian suami, tempoh berkabung adalah 4 bulan 10 hari.

  3. Tidak boleh bersolek atau berhias-hiasan dalam tempoh berkabung.

  4. Jika isteri tidak berkabung sekalipun berhiasan hanya dibenarkan di dalam rumah.

  5. Pakaian tak semestinya hitam atau gelap dengan protokol tertentu. Seperti yg termaktub di dalam buku teks pendidikn Islam, haram memakai pakaian khusus tanda berkabung.

  6. Bila dilanda musibah sebutlah "Inna lillaahi wa inna ilaihi rajiun" - Inilah menepati sunnah.

  7. Bantu keluarga yang kematian ahli keluarganya. Beri makanan kepada mereka.

  8. Sudah tiba masanya, Malaysia sebagai sebuah negara Islam menunjukkan cara berkabung/bersedih menurut syariat Islam, agar ianya menjadi contoh kepada negara Islam yg lain. Upacara berkabung selama ini adalah ditiru dari cara agama Kristian dan masyarakat barat yang sewajarnya kita selisihi.

  9. Mengibarkan bendera separuh tiang tiada asasnya dalam Islam.

  10. Mungkin sebahagian pihak berpendapat bahawa amalan pakaian tertentu & menurunkan bendera separuh tiang adalah skadar adat kebiasaan, maka terpulanglah kepada mereka. Saya hanya menyampaikan apa yang dinyatakan di dalam Islam.
Hukum Isu Tafakur Dan Hari Berkabung MH17 Dalam Islam Hukum Isu Tafakur Dan Hari Berkabung MH17 Dalam Islam Reviewed by Unknown on August 22, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.