Seo Services

Identiti seorang lagi mangsa MH17 dikenal pasti


SEPANG: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memaklumkan, seorang lagi mangsa tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lalu telah dikenal pasti.

Beliau berkata, perkembangan terbaru itu menjadikan jumlah mangsa rakyat Malaysia yang telah dikenal pasti sebanyak 31 orang.

"Setakat ini, sebanyak 23 jenazah telah dibawa pulang ke tanah air manakala lapan lagi dijangka akan dibawa pulang pada 30 Ogos ini.

"Baki 12 lagi jenazah lagi masih belum dikenal pasti. Kita akan cuba membawa pulang jenazah yang telah dikenal pasti sebelum Hari Malaysia iaitu pada 16 September namun tetapi tetap bergantung kepada kebenaran daripada kerajaan Belanda,'' katanya ketika ditemui di Istiadat Penghormatan Jenazah MH17 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Identiti seorang lagi mangsa MH17 dikenal pasti Identiti seorang lagi mangsa MH17 dikenal pasti Reviewed by Unknown on August 24, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.