Seo Services

Kanak-kanak tertembak jurulatih


LOS ANGELES – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang sedang belajar menggunakan mesingan sub tertembak jurulatihnya dengan tidak sengaja di sebuah pusat menembak di sini, sekali gus sekali lagi mencetuskan kebimbangan mengenai kawalan senjata api di Amerika Syarikat.

Tragedi itu berlaku Isnin lalu di pusat peranginan Last Stop di Arizona, di mana kanak-kanak perempuan berkenaan dibawa oleh ibu bapanya untuk menjalani latihan menembak, kata pejabat sherif.

Kanak-kanak terbabit berjaya mengawal senjata gred ketenteraan dalam mod ‘satu tembakan’ di pusat menembak ‘Bullets and Burgers’ itu.

Masalah timbul apabila mod senjata berkenaan diubah kepada automatik dan jurulatih Charles Vacca, 39, tertembak ketika dia sedang menunjukkan kanak-kanak terbabit cara untuk menggunakan senjata itu.

Akibatnya, jurulatih berkenaan terkena tembakan yang tidak disengajakan,” kata Pejabat Sherif Mohave.

Vacca meninggal dunia di hospital kemudian. – AFP
Kanak-kanak tertembak jurulatih Kanak-kanak tertembak jurulatih Reviewed by Unknown on August 28, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.