Seo Services

MB Selangor Putuskan Tarikh Menghadap Sultan Isnin Ini

KLANG, 23 Ogos (Bernama) -- Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau akan memutuskan tarikh untuk menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kedudukannya sebagai Menteri Besar pada Isnin ini.

"Saya akan maklumkan (Isnin ini) bila saya akan menghadap sultan dan selepas itu, akan diberi kenyataan media," katanya kepada pemberita selepas menghadiri makan malam anjuran alumni Sekolah Menengah Chung Hua di sini.

Ditanya kemungkinan beliau akan menghadap Sultan Selangor pada Isnin ini, Abdul Khalid berkata perkara itu belum tidak diketahui.

Kenyataan itu dibuat selepas hampir dua minggu beliau mengelak daripada bercakap kepada pihak media selepas dinasihat oleh sultan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sehinggalah baginda pulang ke tanah air.

Beberapa percubaan pihak media untuk mendapatkan kenyataan atau komen daripada Abdul Khalid sebelum ini, gagal.

Laporan media menyebut Sultan Selangor dijangka memendekkan percutian baginda di luar negara dan akan kembali ke tanah air esok.

Perkara itu disahkan sumber dari istana.

Sebelum ini baginda dijadual pulang pada 27 Ogos.-- BERNAMA

MB Selangor Putuskan Tarikh Menghadap Sultan Isnin Ini MB Selangor Putuskan Tarikh Menghadap Sultan Isnin Ini Reviewed by Admin on August 24, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.