Seo Services

Pesawat Iran terhempas 48 orang disahkan terbunuh.


TEHRAN: Sebuah pesawat penumpang Iran terhempas ketika sedang berlepas di Lapangan Terbang Mehrabad dan telah mengakibatkan 48 orang terbunuh.

Pesawat tersebut, Iran-140 yang selalu digunakan untuk penerbangan dalam negeri, telah terhempas di kawasan perumahan berhampiran lapangan terbang berkenaan selepas enjinnya mati, menurut laporan agensi berita rasmi Iran, IRNA.


Stesen televisyen kerajaan Iran berkata seramai 48 orang penumpang dan kru telah terbunuh dalam kejadian tersebut.

Pesawat terbabit yang dikendalikan oleh Sepahan Air, adalah dalam perjalanan ke Tabas, sebuah bandar di timur Iran.

Ia berlepas pada jam 9.20 pagi waktu tempatan (12.50 tengah hari waktu Malaysia) dan terhempas tidak lama kemudian.

Pesawat Iran-140 itu mempunyai dua enjin turboprop yang diperbuat berdasarkan teknologi Ukraine dan dibina di Iran.

Ia adalah mirip kepada pesawat Antonov An-140 dan boleh membawa sehingga 52 orang.

Mehrabad adalah salah sebuah lapangan terbang utama di Tehran, dan mengendalikan sebahagian besar penerbangan dalam negeri.

Penerbangan antarabangsa pula menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini yang baru. - AP


sumber
Pesawat Iran terhempas 48 orang disahkan terbunuh. Pesawat Iran terhempas 48 orang disahkan terbunuh. Reviewed by Unknown on August 10, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.