Seo Services

Polis Miri Tumpas Sindiket Rompak Bersenjata Warga Asing

MIRI, 19 Ogos (Bernama) -- Polis Miri yakin dapat menumpaskan sindiket rompakan bersenjata warga asing termasuk rompakan barangan kemas bernilai RM80,000 pada 24 Jun lepas berikutan tertangkapnya dua lelaki warganegara Filipina di dua tempat berasingan petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Miri Supt Stanley Jonathon Ringgit berkata dua lelaki masing-masing berumur 26 dan 27 tahun itu kini ditahan reman.

Beliau berkata polis kini mencari seorang lagi lelaki warga Filipina bernama Dexter Urias Battad, 38, bagi membantu siasatan kes itu dan meminta sesiapa yang mempunyai maklumat agar menghubungi polis Miri dengan segera.

Beliau memberitahu sidang media di sini hari ini polis yakin kedua-dua suspek itu mempunyai kaitan dengan kes rompakan barangan kemas pada 24 Jun lepas setelah menemui pakaian, topeng, parang dan kapak yang menyerupai peralatan digunakan merompak kedai emas tersebut berdasarkan rakaman kamera litar tertutup pada hari kejadian.

Stanley berkata sebelum ditangkap, kedua-dua suspek terbabit cuba merompak seorang wanita berusia 39 tahun yang membawa wang milik syarikat tempat dia bekerja berjumlah RM121,000 berhampiran sebuah bank tetapi tindakan pantas mangsa membunyikan hon kereta menyebabkan suspek melarikan diri.-- BERNAMA

Polis Miri Tumpas Sindiket Rompak Bersenjata Warga Asing Polis Miri Tumpas Sindiket Rompak Bersenjata Warga Asing Reviewed by Admin on August 19, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.