Seo Services

Sarawak Catat Pendapatan Tinggi Daripada Eksport Kayu

KUCHING, 30 Ogos (Bernama) -- Sarawak mengeksport RM3.60 bilion nilai kayu dan produk kayu pada separuh pertama tahun ini, meningkat dua peratus berbanding tempoh sama pada tahun lepas.

Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II negeri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata produk kayu utama yang dieksport bagi tempoh itu ialah papan lapis (RM1.99 bilion) yang menyumbang 54 peratus daripada keseluruhan pendapatan eksport, diikuti kayu balak RM1.01 bilion (27 peratus), kayu gergaji RM270 juta (7 peratus) dan papan gentian kepadatan sederhana RM125 juta (3 peratus).

Beliau berkata sektor industri kayu merupakan penyumbang penting kepada sosio ekonomi negeri, keempat penting dari segi pendapatan eksport, selepas gas asli cecair, petroleum dan produk petroleum serta produk isirung sawit.

"Kerajaan negeri memberi perhatian khusus kepada pembangunan produk kayu dalam usaha menjadikan sektor itu menyumbang lebih kepada pengembangan ekonomi negeri yang baik untuk mewujudkan peluang pekerjaan.

"Pada satu tahap, pengeluar perabot di Sarawak perlu memacu lebih banyak pengeluaran dalam usaha untuk mendapatkan bahagian pasaran yang lebih besar daripada industri perabot negara," katanya pada majlis perasmian Ekspo Kediaman dan Perabot Sarawak 2014 di sini Sabtu.

Awang Tengah berkata jumlah eksport perabot kayu Malaysia pada tahun lepas berjumlah RM5.74 bilion dan Sarawak menyumbang hanya 0.4 peratus atau RM30 juta daripada bahagian pasaran, Sabah RM50 juta (0.9 peratus) dan hampir 99 peratus dari Semenanjung Malaysia (RM5.6 bilion).

Beliau berkata pada Jan-April tahun ini, Sarawak mengeksport RM15 juta nilai perabot iaitu hanya 0.6 peratus daripada jumlah pendapatan eksport kayu dan produk kayu dari Sarawak.

Awang Tengah berkata kerajaan negeri membuat susulan berhubung misi pelaburan dan jualan kayu baru-baru ini ke Kazakhstan yang mempunyai potensi besar bagi perabot tempatan.

"Kerajaan negeri menyokong sepenuhnya pelan untuk membangunkan kampung perabot dan bersedia untuk menyediakan kemudahan dan infrastruktur yang diperlukan," katanya.-- BERNAMA

Sarawak Catat Pendapatan Tinggi Daripada Eksport Kayu Sarawak Catat Pendapatan Tinggi Daripada Eksport Kayu Reviewed by Admin on August 30, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.