Seo Services

Sarawak komited laksanakan pembangunan seimbang - Adenan


KUCHING - Kerajaan Sarawak telah mewartakan 809,900 hektar kawasan darat dan 208,000 hektar perairan sebagai kawasan perlindungan di negeri ini.

Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem berkata, langkah itu diambil kerana kerajaan negeri komited melaksanakan polisi agrikultur bagi memenuhi objektif pembangunan seimbang, pengurusan sumber hutan dan biodiversiti yang mapan.

"Kita menyasarkan 25 peratus keseluruhan tanah di kawasan ini untuk digunakan bagi menjalankan pelbagai aktiviti agrikultur termasuk perladangan.

"Sasaran ini jika mampu dicapai akan membolehkan Sarawak mengekalkan peratusan tinggi bagi kawasan hutan iaitu melebihi 60 peratus berbanding jumlah purata di dunia," katanya berucap me-rasmikan Seminar Pensijilan Pengurusan Hutan (Hutan Asli) di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan juga telah menetapkan syarat bagi mendapatkan laporan Kesan Alam Sekitar (EIA) kepada pembangunan kelapa sawit untuk memastikan ia tidak menjejaskan persekitaran kawasan yang diusahakan.

Sarawak komited laksanakan pembangunan seimbang - Adenan Sarawak komited laksanakan pembangunan seimbang - Adenan Reviewed by Unknown on August 21, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.