Seo Services

Banjir Kilat Melanda Kajang


Hujan lebat lebih sejam petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Jalan Abdul Aziz, di sini, dilanda banjir kilat.

Keadaan ini menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas manakala orang ramai pula sibuk mengalihkan kenderaan masing-masing bagi mengelak ditenggelami seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

Seorang pengusaha sebuah restoran, Jalal Din, 42, berkata, air mula melimpahi restorannya kira-kira jam 3.30 petang dan surut sepenuhnya sejam kemudian.

“Bagaimanapun, banjir kilat ini tidak terjejas teruk berikutan air hanya naik beberapa sentimeter sahaja.

“Ini kali ketiga banjir kilat berlaku di sini sejak 2011. Kejadian petang tadi (semalam) turut menyebabkan kesesakan lalu lintas, namun tiada kenderaan yang terperangkap,” katanya.

Katanya, banjir kilat paling teruk berlaku pada akhir 2011 menyebabkan pekan Kajang dinaiki air secara mendadak, sekali gus merosakkan barangan di beberapa buah kedai.

Tinjauan mendapati sistem saliran terutama longkang yang kecil menyebabkan air melimpah ke atas jalan raya.

Walaupun banjir kali ini tidak seburuk sebelumnya, tetapi orang ramai berharap Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) perlu bertindak bagi memastikan tiada lagi banjir kilat.-HM
Banjir Kilat Melanda Kajang Banjir Kilat Melanda Kajang Reviewed by Unknown on September 30, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.