Seo Services

Nasi Lemak Ke Pasaran Jepun Sebagai Ikon Makanan - Tourism Malaysia

 

KUALA LUMPUR: Nasi Lemak dipilih sebagai ikon dalam usaha memperkenal makanan, kebudayaan dan destinasi percutian Malaysia ke pasaran Jepun.

Kenyataan Tourism Malaysia menyebut Nasi Lemak dipilih sebagai sebahagian kempen 'Sudah Makan?' yang dilancar pada 25 Sept di Tokyo dengan bantuan selebriti makanan Jepun Kentetsu Koh sebagai Penasihat Makanan Malaysia.

"Kempen itu akan diikuti beberapa promosi makanan termasuk 'Malaysian Jazzy Night and Food' dari 17 hingga 31 Okt di Tokyo selain karnival restoran di Kai Jyo Row, Lapangan Terbang Nagoya Chubu Centrair dari 7 Sept hingga 16 Nov," katanya.

Menurut Tourism Malaysia, 15 restoran Malaysia di Jepun akan turut mengambil bahagian dalam promosi serupa dari 1 Nov hingga 31 Jan bagi mempamer hidangan lazat Malaysia kepada rakyat negara itu.

Kempen itu diadakan bersempena penyertaan ke-36 Tourism Malaysia dalam Ekspo Pelancongan Persatuan Ejen Pengembaraan Jepun (JATA) 2014 dari 25 hingga 28 Sept.

Kehadiran Malaysia pada ekspo itu tahun ini adalah secara besar-besaran dengan sejumlah 17 organisasi terdiri daripada Tourism Malaysia, Malaysia Airlines, Lembaga Pelancongan Sarawak, Lembaga Pelancongan Sabah, hotel dan agensi pelancongan di bawah Pavilion Malaysia bertema 'Year of Festivals 2015'.

Pavilion Malaysia, yang dihias mengikut tema 'Festival dan Budaya', dirasmikan Pengarah Bahagian Promosi Antarabangsa (Asia Utara dan Asia Timur) Tourism Malaysia Nor Aznan Sulaiman.

Jepun merupakan pasaran utama sektor pelancongan di Malaysia dengan 513,000 ketibaan pelancong dari negara itu pada 2013.- BERNAMA
Nasi Lemak Ke Pasaran Jepun Sebagai Ikon Makanan - Tourism Malaysia Nasi Lemak Ke Pasaran Jepun Sebagai Ikon Makanan - Tourism Malaysia Reviewed by Unknown on September 30, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.