Seo Services

Wajah Individu-Individu Disyaki Terlibat Dalam Kes Godam ATM





Di atas adalah wajah individu-individu, warga asing Latin Amerika yang dipercayai terlibat dalam kes pengodaman mesin ATM yang di ambil dari CCTV di permis-permis kejadian.

Setakat semalam (Isnin) sebanyak 10 kes (dua kes pada hari Ahad dan lapan kes pada hari Isnin) berkaitan pengeluaran wang di mesin-mesin ATM yang melibatkan kerugian lebih dari RM1 juta ringgit.

Setakat ini, kes penggodaman mesin ATM hanya melibatkan Bank Al- Rajhi, Bank Affin dan Bank Islam di Negeri Selangor dan berikut adalah lokasi bank-bank yang telah digodam:

1. Cawangan bank: Al- Rajhi Kota Damansara, PJ
Masa Kejadian: 29.9.14 @ 12:46 am Kerugian: RM285,700

2. Cawangan bank: Affin Bank Jalan Yong Shook Lin, PJ
Masa kejadian: 27.9.14 Kerugian: RM303,000

3. Cawangan bank: Affin Bank USJ10/1J
Masa kejadian: 27.9.14 @ 5:30 pm Kerugian: RM265,000

4. Cawangan bank: Al- Rajhi Seksyen 9, Shah Alam
Masa kejadian: 29.9.14 @ 12:30 pm Kerugian: RM116,000

5. Cawangan bank: Al-Rajhi Wisma Metro Kajang
Masa kejadian: 29.9.14 @ 12:46 am Kerugian: belum diketahui

6. Cawangan bank: Al-Rajhi Puchong
Masa kejadian: 29.9.14 @ 01:12 am Kerugian: belum diketahui

7. Cawangan bank: Al-Rajhi Kelana Jaya
Masa kejadian: 29.9.14 @ 12:46 am Kerugian: belum diketahui

8. Cawangan bank: Al-Rajhi Jalan Raja Bot, Klang
Masa kejadian: 29.9.14 @ 4:00 pm Kerugian : RM150,000

9. Cawangan bank: Bank Islam Seksyen 14, PJ
Masa kejadian: 29.9.14 @ Kerugian: RM 395,850

10. Cawangan bank: Bank Islam Jalan PJU 5/5 Dataran Sunway
Masa kejadian : 29.9.14 @ Kerugian: RM: 221,160

Dari raut wajah suspek-suspek yang dirakam dari CCTV tersebut, mereka dipercayai berumur dalam lingkungan 20 ke 30-an.

Sumber polis memberitahu Sarawakiana bahawa pihak berkuasa di setiap sempadan di seluruh negara sedang dalam keadaan berjaga-jaga dan siap-siaga sekiranya suspek-suspek tersebut ingin melarikan diri dari negara ini. - Sarawakiana
Wajah Individu-Individu Disyaki Terlibat Dalam Kes Godam ATM Wajah Individu-Individu Disyaki Terlibat Dalam Kes Godam ATM Reviewed by Salfian Nawawi on September 30, 2014 Rating: 5

4 comments:

  1. Wajah ini secara am menunjukkan phenotype "Arabic descendants" yang boleh tinggal dimana2 negara atas muka bumi ini. Notice board Bilik Mayat,

    ReplyDelete
  2. Ameer Makhoul adalah salah satu generic face untuk Arab jenis ini. Aziz Satar kata "lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hati..." Notice board Bilik Mayat

    ReplyDelete
  3. http://mwcnews.net/focus/analysis/5746-israels-persecution-of-ameer-makhoul.html

    ReplyDelete
  4. Hawk type of nose.
    http://forenspath.blogspot.com/2014/10/shape-of-nose-to-identify-perpetrator.html

    ReplyDelete

ads 728x90 B
Powered by Blogger.